top of page

Menyemarakkan budaya STEM negara dengan Malaysia Techlympics!

​Malaysia Techlympics 2022 (“Techlympics”) merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Techlympics akan diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan  bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru dalam kalangan peserta  yang  berumur 7 hingga 30 tahun. Dengan ini, ianya akan membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi.

Aktiviti-aktiviti yang direka di bawah Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.

Adalah sebuah platform persaingan  anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam usaha kerajaan meningkatkan bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru.

Pada tahun ini, sebanyak 25 Pertandingan dianjurkan mengikut 5 tema pemfokusan dengan hadiah lumayan bernilai RM500,000 untuk dimenangi!

5 tema bagi program Malaysia Techlympics iaitu Kecerdasan Buatan dan Sains Data, Eksplorasi Angkasa, Dron dan Aplikasinya, Teknologi Sohor dan Inovasi untuk Kesejahteraan Rakyat dan Kelestarian Alam secara langsung memenuhi 7 daripada 17 SDG PBB: pendidikan berkualiti (SDG 4), air bersih & sanitasi (SDG 6), tenaga yang keberkesanan kos dan bersih (SDG 7), industri, inovasi dan infrastruktur (SDG 9), mengurangkan ketidaksamaan (SDG 10), bandar dan komuniti lestari (SDG 11), dan kehidupan di darat (SDG 15). Dengan usaha untuk mencari penyelesaian bagi komuniti yang lebih lestari untuk mengekalkan ekosistem kita, ketidaksamaan di sekeliling kita dapat dikurangkan. Arus perubahan yang akan menjulang nama Malaysia sebagai sebuah negara inovatif bermula di sini. Ayuh, Techlympian!

bottom of page