top of page
  • Writer's pictureMyKampusRadio

TECHLYMPICS : SPONSORSHIP UTAMA ROADSHOW2022.....

Menyemarakkan budaya STEM negara dengan Malaysia Techlympics!


Malaysia Techlympics 2022 (“Techlympics”) merupakan satu inisiatif di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Techlympics akan diadakan secara berperingkat dan besar-besaran di seluruh negara dalam usaha meningkatkan bakat muda dalam bidang AI, robotik, kod, dron dan juga bidang-bidang teknologi baru dalam kalangan peserta yang berumur 7 hingga 30 tahun. Dengan ini, ianya akan membawa golongan muda bersama-sama kerajaan memacu pertumbuhan ekonomi negara melalui pencapaian indeks inovasi dunia yang lebih tinggi.

Aktiviti-aktiviti yang direka di bawah Techlympics adalah berlandaskan bidang keutamaan Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (MySTIE) yang dibangunkan MOSTI termasuk Sains, Kejuruteraan Pengkomputeran & Pengkomputeran Mikro, Internet Kebendaan (IOT), Robotik, Dron, Matematik, Reka Bentuk Kreatif & Animasi dan Pencetakan & Pembangunan 3D.


Techlympics juga telah memberi kerjasama dengan MyKampus Radio sebanyak RM20,000.00 untuk memberi kemudahan kepada pelajar - pelajar dari segi memberi makanan selepas program selesai, memberi sijil dan sebagainya.


Website techlympics : https://www.techlympics.my/

Emel techlympics : hello@techlympics.my


283 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page